Tuesday, February 8, 2011

Sunnah potong Kuku

                        Tertib Memotong Kuku Dengan Betul Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.
Daripada Aisyah Radiallahu Anha, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sepuluh perkara dari fitrah itu ialah; memotong misai, memanjangkan janggut, bersiwak, memasukkan air ke dalam lubang hidung, memotong kuku, membasuh celah-celah jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari & istinjak. Telah berkata terlupa aku yang ke sepuluh melainkan ianya berkumur-kumur. (Muslim)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Fitrah itu ada 5; berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku & mencabut bulu ketiak. (Bukhari & Muslim)
Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu Alaihi Wasallam bersabda: Barangsiapa yang berpegang dengan sunah-sunnahku ketika di zaman rosaknya ummatku, baginya adalah ganjaran syahid. (Tibroni)

InsyaAllah, semoga sama-sama dapat amal dan sebarkan.

Asalamualaikum...

Pantun Jenaka

Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Kalau memang dah kemut,
Ade kereta, naik bas.

Tom-tom bak,
Mak yong de deh,
Berhutang selambak,
Time bayar, pedih.

Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang ngantuk malam berjaga,
Kalau berbini tak cukup tiga,
Bila dah empat, ha!! tak terjaga.

Lat tali lat,
Lai li tam plom,
Gaji beribu angkanya empat,
Zakat dah bayar ke, belum.

Lagu tiga kupang,
Saku penuh padi,
Bila frust gaji kurang,
Cari duit lebih kat meja judi.

Air pasang dalam,
Surut pukul lima,
Date ngan balak sampai tengah malam,
Bila dah kena cekup, tegak bulu roma.

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Race haram sampai ke pagi,
Kalau mati, tak sempat mengucap.

Twinkle-tewinkle little star,
How I wonder what you are,
Time mabuk, anak dibagi penampar,
Dah tua sok, padan muka.terbiar.

Anak itik tok wi,
Mandi dalam kolam,
Kecik-kecik tak ndak belajar ngaji,
Baru aje nak tobat, dah padam 

7 Sunnah Rasulullah S.A.W.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Wallahualam. ..

Pantun Nilai Murni dan Kebaikan

Kereta berlumba di tengah bandar,
Saat berundur tergilis ayam;
Bicara hamba membuka lembar,
Tangan dihulur menyambut salam.

Bayu menderu beralih ribut,
Atas bukit air bertakung;
Bertandang tetamu mesti disambut,
Berbahasa bersantun nadi pendukung.

Beluran ke Paitan meredah rimba,
Lebuh raya kini sudah terbukti;
Bersantun bersopan memuji hamba,
Bukan memuji melunas budi.

Jalan raya semakin sesak,
Ke kota di hujung minggu;
Bila bahasa semakin rojak,
Pakar kata semakin perlu.

Buat batik atas meja,
Jahit menjahit pilihan si Bulat;
Buat baik asas berpada,
Sifat jahat jangan dibuat.

Hidang laksa sarapan pagi,
Agar bertenaga masa belajar;
Budaya berbahasa jadi sinergi,
Perteguh siaga semangat diikrar.

Kedidi angsa punai kenari,
Bebas bernyanyi di tepi paya;
Budi bahasa dan nilai murni,
Asas harmoni sejahtera budaya.

Rantai suasa baru dicelup,
Untuk dipakai ke majlis Pak Harun;
Budi bahasa amalan hidup,
Susila bangsa turun temurun.

Dalam buku banyak dihidang,
Pantun digubah jadi renungan;
Fikiran beku mengapa bimbang,
Andai diubah rentak kehidupan.

Gadis Cina berambut perang,
Menyimpul senyum ayu sekali;
Indah laksana bulan terang,
Bahagia menguntum tidak terbeli.

Irama puisi memaut rasa,
Gambus dialun gendang dipalu;
Indah peribadi kerana bahasa,
Sopan santun diamal padu.

Ikan bakar masih dipanggang,
Digaul rempah enak aromanya;
Ingin dibiar melayan radang,
Bila terngadah baru ternganga.

Menonton kartun jadi kegemaran,
Mengisi masa hujung minggu;
Karangan pantun bersulam pengertian,
Maksud berbisa intikan ilmu.

Ke Mesapol berjalan batis,
Selipar diganti kasut dibuang;
Jika tumpul pisau menghiris,
Tumpuan hati tetap dipandang.

Menyiut badus tersiut sepat,
Kenangkan bungar masak digulai;
Kalau bertarung ke arah mufakat,
Tidak tujuan layu terkulai.

Pantun Melayu memang pilihan,
Warisan sastera renungan warga;
Kuisi waktu memandang zaman,
Asuhan bersuara berbudi siaga.

Anjung Senja Anjung Sutera,
Medan selera pulau di depan;
Kunjung menyapa budaya mulia,
Rapat saudara sahabat taulan.

Anak buaya belajar berenang,
Dalam kolam airnya cetek;
Letak budaya landas gemilang,
Kelak tersulam bangsa yang cantik.

Pesta Kaamatan di hujung Mei,
Anak bumi raikan bersama;
Selamat datang ke tempat kami,
Damai di hati di sambut mesra.

Kecil perahu bukan penyebab,
Masuk air karamlah pula;
Sudah tahu demikian beradab,
Kelak zahir kehidupan sempurna.

Intan disepuh emas nilainya,
Anak raja berbaju biru;
Tanpa disuruh tersimpul senyumnya,
Semat di jiwa amal selalu.

Jalan berbatu menjadi cabaran,
Bukit bukau diratakan sudah;
Teladan ku beri penyuluh jalan,
Bukti tanda hidup berhemah.

Lereng Tanaki lokasi perkhemahan,
Peserta beriadah menjana ilham;
Terima kasih kami ucapkan,
Jika bersalah rapatkan salam.

Lubang Buaya ungkapan gerun,
Biasa disebut menjadi nama;
Tidak kaya jangan melamun,
Tidak rugi berhemah rasa.

Fuh...

Fuh... Akhirnye, setelah 25 minit ku buat blog ini, siap juga akhirnya. untuk pengetahuan anda semua, blog ini dibuat oleh Ahmadul Hakim Bin Mohammad. Beliau membuat blog ini untuk berkongsi ilmu kepada rakan-rakan semua. Sebarang masalah, sila komen.